PUTRAJAYA: Tujuh individu hari ini gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengenakan larangan merokok di semua kedai makan.
Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan menolak permohonan untuk mendapat kebenaran itu, dan mengarahkan mereka membayar kos guaman RM30,000 kepada KKM.
Dengan keputusan hari ini, percubaan Mohd Hanizam Yunus, Zulkifli Mohamad, Mohd Laisani Dollah, Mohd Sufian Awaludin, Ridzuan Muhammad Noor, Mohd Yazid Mohd Yunus dan Yuri Azhar Abdollah bagi mencabar larangan merokok di kedai-kedai makan oleh KKM yang telah berlarutan selama lima tahun, kini berakhir.
Hakim Zabariah yang mengetuai panel hakim itu berkata persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh individu berkenaan tidak memenuhi tiga syarat yang diperlukan di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.
Di bawah seksyen berkenaan, pemohon perlu menampilkan persoalan undang-undang yang baharu, yang mempunyai kepentingan awam, dibangkitkan buat kali pertama.
Dalam keputusan sebulat suara hari ini, Hakim Zabariah berkata persoalan undang-undang mengenai Perkara 5 (kebebasan diri) dan Perkara 8 (semua orang adalah sama di sisi undang-undang) dalam Perlembagaan Persekutuan telah selesai, dan persoalanan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes ini tiada kepentingan awam yang memerlukan penghujahan lebih lanjut di Mahkamah Persekutuan.
Pada 31 Dis 2018 tujuh lelaki itu yang menubuhkan persatuan dikenali sebagai Persatuan Pertahankan Perokok (PHP) memohon satu deklarasi bahawa keputusan KKM untuk melarang merokok di kedai makan adalah tidak berperlembagaan.
Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makanan dan kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi seperti kawasan merokok atau memasukkan peruntukan di bawah larangan merokok bagi pengusaha kedai makan untuk menyediakan kawasan larangan merokok mereka sendiri.
KKM mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Jan 2019.
Pada 29 Okt 2019 Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan tujuh individu berkenaan untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan KKM melarang merokok di kedai makan, dan pada 23 Nov tahun lepas pula Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tujuh individu berkenaan menggesa mahkamah membenarkan rayuan, dan menampilkan tiga persoalanan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Salah satu persoalanan yang dibangkitkan adalah sama ada pindaan kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi melarang perbuatan merokok di keda-kedai makan termasuk dalam kawasan tertutup yang dilengkapi dengan pendingin hawa dan kawasan terbuka, adalah bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin, yang mewakili KKM berhujah bahawa larangan merokok di keda-kedai makan memberi kelebihan kepada orang awam, kerana orang ramai menyokong keputusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Panel hakim menolak permohonan untuk mendapat kebenaran itu, dan mengarahkan mereka membayar kos guaman RM30,000 kepada KKM. - Fail/Bernama
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM
Kompaun itu hasil aktiviti penguatkuasaan terhadap 18,178 premis sepanjang Mac lepas dengan sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.
Operasi rokok: KKM keluar 214 notis bernilai lebih RM54,000
Sebanyak 110 notis dikeluarkan bagi kesalahan merokok di premis makan, 48 di kompleks membeli belah dan 20 di lapangan terbang.
JKNP keluar 20,819 notis, kompaun lebih RM5.51 juta sepanjang 2023
JKNP merupakan pengeluar kedua tertinggi notis pada 2023 bagi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
KKM pertimbang kawasan khas merokok premis makanan di kawasan sempit
Katanya, premis di kawasan sempit agak sukar bagi mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan tujuh individu untuk batal larangan merokok di kedai makan
Tujuh individu hari ini gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengenakan larangan merokok di semua kedai makan.
886 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Melaka, nilai lebih RM200,000
Daripada jumlah itu, sebanyak 845 atau 95.4 peratus notis dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan.
14,872 notis kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan hingga April
Notis kesalahan merokok di tempat makan paling tinggi di Selangor (6,414), diikuti Johor (3,095), Pahang (2,935) dan Pulau Pinang (2,725).
Masih ramai tidak endah larangan merokok - JKNNS
Sebanyak 96 notis kesalahan dikeluarkan dalam tempoh 8 jam operasi yang dilakukan Jabatan Kesihatan di sekitar Negeri Sembilan semalam.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok: Kaji semula denda atas pemilik restoran - PRESMA
Pemilik atau petugas restoran tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pelanggan merokok, sebaliknya hanya boleh memberi teguran.
RUU kawal produk tembakau tidak jejaskan ekonomi negara
Industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).